Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Buat Kejutan Hari Jadi Ibu Dalam Kapal Terbang, Ruhainies Throwback Kejadian Setahun Lalu

Bestnya dulu dapat buat kejutan hari jadi dalam kapal terbang

Published

on

Sebelum berlakunya pandemik COVID-19, kita semua dapat meraikan segala sambutan istimewa dengan bebas dan dengan penuh kebahagiaan di samping insan tercinta.

Namun sejak tercetusnya pandemik ini, semua perkara dihadkan dalam usaha untuk mengekang virus COVID-19 daripada terus menular.

Pada 19 Februari 2021, pelakon Ruhainies telah memuat naik satu video di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Melalui caption:-

“Happy Birthday to the Queen of my heart♥️

This video was taken exactly a year ago on 19/2/2020. Small celebration on flight for her. Masa ni we are on our way to tanah suci Makkah for umrah dan jalani pengambaran di sana.♥️ I decided to bawak dad & mama sekali as a present 🎁 for her birthday. Rindunya. 😢 Syukur ya Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bawa my parents lagi ke tanah suci untuk kali ke-3. Ya Allah panjang kan lah umur mereka dan berikanlah kesihatan yang baik pada mereka. Amin♥️

I’m not good with words, but you know how much i love you and dad. Wait for Another surprise today. hehe. ♥️🙏🏼”

Menurut Ruhainies, video tersebut adalah kejutan hari jadi buat ibunya setahun yang lalu.

Menariknya, ia diadakan di dalam kapal terbang ketika perjalanan mereka ke Tanah Suci.

Walaupun sekadar video throwback, dapat dirasakan lagi kesyahduan sambutan itu yang ringkas namun bermakna.

Ibu beliau juga kelihatan mengalirkan air mata kerana terharu akan kejutan itu.

Pemandangan sambutan seperti ini sudah lama kita tidak saksikan.

Apapun, selamat hari jadi diucapkan kepada ibu Ruhainies, semoga sentiasa sihat dan berbahagia bersama keluarga tercinta!

 

Baca artikel berkaitan: [LUCU] Kek Hari Jadi Diejek Seperti ‘Mak Nyah’ Oleh Netizen, Ini Respon Ruhainies!

Sumber: Instagram Ruhainies

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest