Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

Buat Kerja Secara ‘Percuma’, Uqasha Senrose Tak Mahu Namanya Dan Kamal Adli Dikaitkan Lagi

Kerja dah lama jalan tapi payment tak masuk lagi, macam mana tu ya?

Published

on

Siapa je tak panas hati kalau dah janji untuk beri bayaran atas kerja yang kita dah lakukan, end up tiba-tiba di pengakhirannya kita pula yang buat kerja secara ‘percuma’.

Pelakon Uqasha Senrose nampaknya sudah tidak boleh menyimpan rasa marah apabila beliau kini secara terbuka telah membuat kenyataan di laman Instagram miliknya berkaitan satu jenama makanan berasaskan coklat.

Menurut Uqasha, beliau bersama pasangannya iaitu Kamal Adli telah membuat kerja secara ‘percuma’ apabila mereka tidak menerima sebarang bayaran daripada pihak tersebut.

Sebelum ini, pasangan kekasih itu memang sering membuat promosi mengenai makanan tersebut sehingga mengajak orang ramai untuk membuat duit sampingan dengan menyertai business produk berkenaan.

Namun semuanya seperti sia-sia sahaja apabila pihak tersebut tidak melunaskan bayaran seperti yang dijanjikan kepada Uqasha dan Kamal.

Disebabkan itu, Uqasha mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada semua pengikutnya di laman Instagram berkenaan hal tersebut serta beliau turut tidak mahu namanya bersama dengan Kamal dikaitkan lagi dengan produk tersebut.

Alamak, tak boleh la macam tu kan sebab sebelum ini pun Uqasha dan Kamal memang sering mempromposikan jenama tersebut sehingga sanggup menghabiskan masa dan tenaga demi amanah yang diberikan, tapi akhirnya ini pula yang terjadi kepada mereka.

Apa pun, diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan segera lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik ni, mesti semua orang perlukan duit kan.

Sumber foto: Instagram Uqasha Senrose

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest