Connect with us
Hot FM

Selebriti

Buat Tugas Isteri, Nabil Mahir Larang Ayda Jebat Buat Kerja Rumah

Bagus betul Nabil, nampak sayang sangat kat Ayda Jebat tu

Published

on

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir kelihatan bahagia dengan usia perkahwinan mereka yang hampir mencecah 3 bulan.

Pada 19 Mac 2021, Ayda melalui akaun Instagramnya telah membuat satu hantaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Hantaran tersebut menunjukkan video TikTok aksi pasangan itu menari bersama.

Di ruangan caption, Ayda menulis:-

“Muka berbulu, tapi tangan alahaaaaai lemah gemalai! Awak ni comel la wuvv!!!! @nabilmahir

Well, kita both ada persamaan tapi banyak perbezaan. Dia berhati wanita, lembut, sopan, and buat semua kerja isteri. Haha! Basuh pinggan, kemas rumah, buang sampah, masak dan semua. Saya.. Eh bukan saya taknak buat, dia yang tak bagi. hahahahaha!”

Melalui hantaran itu, Ayda memuji suaminya yang berhati lembut dan sopan.

Beliau juga mendedahkan bahawa Nabil selama ini yang membuat kerja rumah dan melarang Ayda untuk melakukannya.

Dalam pada itu, Ayda menzahirkan rasa syukur dengan kehadiran Nabil dalam hidupnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kejutan hari jadi yang dibuat bersempena ulangtahun kelahiran Ayda yang ke-29.

“I’m more than lucky to have you in my life Wuvv. Thank you for everything. Thanks for the birthday surprise. I love you, more than you know. “

Sementara itu, hantaran ini mendapat perhatian pengikut Ayda di laman Instagram.

Sama cantik sama padan, semoga kebahagiaan mereka berkekalan selamanya.

 

Baca artikel berkaitan: Sweet! Imbau Kenangan Ketika Melamar, Ini Ucapan Nabil Mahir Sempena Hari Ulangtahun Kelahiran Ayda Jebat

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest