Connect with us
Hot FM

Selebriti

Bukan Mudah Perjalanan Untuk Hamil, Tok Ti Kongsi Kisah IVF Sempena Hari Jadi Ke-42

Hebat Tok Ti kerana banyak sabar

Published

on

11 Januari 2021 adalah ulangtahun kelahiran buat penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang ke-42.

Happy birthday Tok Ti!

Bersempena hari tersebut, beliau telah berkongsi satu video perjalanan in vitro fertilization (IVF) yang dilaluinya untuk anak kedua di YouTube channel, diberi nama Siti Nurhaliza.

Perkongsian itu bermula pada tarikh 2 September 2020, yang menjadi hari beliau membuat pemeriksaan semula untuk mengetahui status kantung untuk kehamilan.

Menurutnya, mempunyai anak melengkapkan diri Tok Ti sebagai seorang insan bergelar ibu.

Beliau memberitahu, proses IVF itu cukup mendebarkan untuknya mengetahui status jika dirinya boleh hamil lagi.

Namun beliau berserah dengan ketentuan Allah.

Beliau mendedahkan ketika melalui proses IVF, segala pergerakannya adalah terhad termasuklah perlu solat secara duduk.

Selain itu, pemakanan juga harus dijaga.

Dalam menanti berita kehamilan, Tok Ti berulang-ulang kali memeriksa dirinya menggunakan pemeriksa kehamilan.

Jelas di situ, beliau sangat mengharapkan dirinya hamil lagi.

Alhamdulillah pada 1 Disember 2020, beliau mengumumkan secara rasmi bahawa dirinya telah hamil untuk anak kedua dengan usia kehamilan 4 bulan.

Perkongsian perjalanan daripada beliau dilihat berinspirasi dengan usaha dan doa berterusan untuk hamil.

Ia bukanlah satu perjalanan yang mudah, namun kesabaran daripada Tok Ti ini berbaloi.

Semoga mereka di luar sana yang masih menunggu rezeki cahaya mata turut bersabar dan tidak mudah berputus asa.

 

Baca artikel berkaitan: “Doakan Saya Ya…” Tahniah Tok Ti Sah Hamil 4 Bulan

Sumber: YouTube Siti Nurhaliza

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest