Connect with us
Hot FM

Selebriti

Bukan Rekaan Yahudi, Caprice Tunjuk Bukti Gambar Sewaktu Kecil Bersama Rakan Isr4£l

Tunjuk bukti gambar pernah bersekolah bersama anak kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hussein di Jordan, Caprice tidak reka-reka cerita!

Published

on

“Waahh dulu masa mula kenal Caprice menyampah gila awat hang slang matsalleh piaw sangat…rupa-rupanya banyak berhijrah negara ooo😅😂🤣”

Siapa tidak kenal dengan nama penyanyi rap, Caprice yang pastinya menjadi bualan netizen setelah acap kali muncul di Instagram petah memperkatakan tentang isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara mahupun dunia.

Kemunculan dirinya dalam bersikap tenang berdepan dengan dua influencer wanita warganegara Isr4£l ketika sesi perbincangan secara langsung menerusi laman Instagram miliknya berhubung isu P4l£stin pada 20 Mei lalu meraih perhatian warganet di seluruh dunia.

Mengetahui bahawa penyanyi rap ini bijak dalam membahaskan isu-isu kontroversi, sikap lantang dalam mengeluarkan hujah-hujah dan fakta berkenaan sejarah ketika berdepan dengan tekanan daripada pihak jemputan menyemarakkan lagi keadaan meskipun hujahnya dipatahkan dengan jawapan tidak masuk akal.

Terbaharu, menerusi laman Instagram miliknya, Caprice memuat naik gambar lama membuktikan bahawa tempoh hari dirinya tidaklah sekadar bercakap-cakap kosong ketika menceritakan mengenai sejarah hidupnya ketika sesi perkongsian bersama wanita Isr4£l itu.

caption:

“Ramai yang tanya caprice pasal cerita dalam LIVE caprice dulu sekolah dekat Jordan at the American Community School of Amman bersama anak kepada the late HM King Hussein.

A- the late HM King Hussein
B- Princess Raiyah
C- mamat poyo damansara
D- budak jewish yang selalu kene buli kat sekolah dan caprice pernah tolong berhenti kan.”

 

Mengimbau kembali memorinya sewaktu kecil, seperti mana yang diceritakan melalui perkongsian live berkenaan, Caprice kini kembali mempamerkan bukti gambar bersama anak kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Hussein di Jordan iaitu merupakan sahabat sekelasnya sewaktu kecil.

Selain itu, gambar yang dikongsi itu turut membawa bukti bahawa dirinya benar-benar pernah membantu seorang rakan berbangsa Yahudi seperti yang diceritakan  dimana kanak-kanak tersebut sering dibuli oleh rakan-rakannya di sekolah berkenaan kerana didakwa mempunyai perbezaan agama dan bangsa.

Caprice yang menceritakan tentang rakannya itu menjadikan contoh bahawa dia bukanlah seseorang yang racist atau sebaliknya malah dia menegaskan bahawa dirinya sememangnya berasal dari sebuah keluarga yang mengamalkan diplomatik.

Waktu ni ayah caprice kerje Wisma Putra (Foreign Affairs) dekat the Malaysian Embassy sebagai duta. Kita walaupon paling kechik kat sekolah, sebab kita rase ade payung besar confirm jadi poyo / berani untuk pertahankan orang tiap kali ade kes gaduh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji keperibadian Caprice meskipun gambar sewaktu kecil itu menampakkan penyanyi rap itu sebagai seorang kanak-kanak bertubuh kecil dan mempunyai gaya rambut yang lurus berbeza dengan penampilan terkini.

Menerusi temu ramah oleh sebuah laman portal, Caprice menjelaskan bahawa dirinya telah menyimpan cita-cita untuk pergi melawat ke negara P4l£stin sebelum mencecah tahun 2040.

Wah! Bukan calang-calang ya kawan-kawan Caprice masa kecil, semoga segala kebaikkan yang dilakukan menjadi asbab kepada kemenangan rakyat P4l£stin suatu ketika nanti dalam merebut kembali negara mereka yang ditindas.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuradi

Instagram: Caprice

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest