Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

Bukan Senang Masuk Syurga, Zarina Zainuddin Harap Kesabaran Jaga Anak Menjadi Penyelamat

Buat baik dibalas baik

Published

on

Setiap perkara yang kita lakukan pasti mendapat balasan yang selayaknya.

Begitu juga tugas ibu bapa dalam mendidik anak-anak, jika mereka ikhlas menjalankan kewajipan mereka, pasti perkara baik akan mereka peroleh nanti.

Ibu kepada cahaya mata yang menghidap autism iaitu pelakon Zarina Zainuddin, kerap berkongsi kisah anak kembarnya, Azal dan Azil.

Pada 17 Januari 2021, Zarina telah memuat naik satu video di Instagram beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Melalui perkongsian itu, Zarina memberitahu bahawa salah seorang anaknya, Azil telah mengamuk kerana ingin ke sebuah kedai runcit:-

“Assalamualaikum
Hari ni azil menngamuk lama sangat .. tadi saya suruh dia makan dia marah dia nak pergi 7 eleven dulu .. saya tahu jika saya bawak dia ke 7 eleven dia akan beli jajan keropok kentang dan air ais lemon tea tu .. dah minum tu susah dia nak makan.”

Namun jika ke kedai tersebut, Azil kebiasaannya akan susah untuk makan makanan yang disediakan untuknya.

Selain itu Zarina juga berkata, jika anaknya mengamuk, suaranya boleh didengar oleh jiran yang tinggal berdekatan:-

“saya rasa jiran kiri kanan depan belajang semua dengar kalau dia ngamok”

Bagaimanapun, antara perkara yang baik tentang anaknya itu adalah Azil sentiasa menjaga kebersihan diri:-

“setiap kali dia balik dari7 elevent dia akan terus mandi tukar baju baru towel baru dia lap badan dia terus pijak towel tu pastu dia lari bawak masuk baju2 dalam washing meshine 😅. .. tang bab ni sabar lah memang baju baju dia yg banyak dibasuh setiap hari ..dia pandai sebenarnya cuma dia tak tahu bercakap bila keluar terus ambik mask baru masuk kereta kadang dalam kereta dia pakai mask saya suruh buka baru dia buka”

Sikap ini wajar dipuji!

Selain itu, Zarina berkongsi tentang suaminya yang ada merungut dengan perangai anaknya.

Namun jawapan Zarina ini benar-benar menunjukkan beliau sangat menjaga amanah anak yang diberikan kepadanya:-

“bila abah dia merunggut tentang azil saya cakap abah bukan senang kita nak masuk syurga .. mungkin anak ini yang selamatkan kita nanti .. sabarlah kalau di ikutkan hati yang marah kesian kat dia dia tak tahu apa2 cakap pun tak boleh apa lagi dia boleh buat dia mengamok minta kita beri perhatian 🥰”

Benar apa yang dikongsikan Zarina ini.

Anak itu tetap satu amanah untuk dijaga walaupun ada kekurangannya.

Dalam pada itu, perkongsian ini juga mendapat perhatian para netizen yang kagum dengan beliau.

Kesabaran yang tinggi daripada beliau ini boleh menjadi contoh buat ibu bapa di luar sana agar tetap menyayangi anak mereka walau apa pun yang berlaku.

 

Baca artikel berkaitan: Azal Lukakan Diri, Netizen Doakan Supaya Zarina Zainuddin Diberi Kekuatan

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest