Connect with us
Hot FM

Viral

‘Cantik Sangat, Macam Bidadari!’ Video Muzik Siapa Tak Mahu Tokti Dapat Perhatian Sampai Luar Negara

Tahniah Tokti!

Published

on

Nama Dato’ Seri Siti Nurhaliza bukan sahaja terkenal di Malaysia, namun boleh dikatakan serata dunia mengenali penyanyi nombor 1 negara ini.

Pada 16 Oktober lalu, Siti telah muncul dengan single baharunya berjudul Siapa Tak Mahu.

Video muzik lagu berkenaan sangat ditunggu-tunggu oleh peminat Siti sendiri dan sehingga kini telah ditonton sebanyak hampir 900,000 penonton di Youtube.

Seperti sudah dijangka, lagu Siti atau lebih mesra disapa dengan panggilan TokTi itu sudah menembusi pasaran luar negara sehingga ada seorang Youtuber bernama Clevy Umoh membuat video react berkenaan lagu tersebut.

Muzik ini sangat indah! Sinematografi sangat bagus, saya dah pun sukakan lagu ni! Rasa macam tengok cerita Disney sebab ada macam-macam dekat dalam ni! Siti sangat cantik, nampak macam princess dan juga bidadari!

View this post on Instagram

Seronok tgk reaksi orang luar bila buat reaction lagu kita. Betullah, muzik itu boleh menyatukan walaupun kita tak faham pun apa maksudnya. Thank you for the positive reviews, Clevy.❤️❤️ @clevy_umoh #Repost @fivexull with @make_repost ・・・ Siti Nurhaliza – Siapa Tak Mahu (Official Music Video) Reaction By : Clevy Umoh Reactions YouTube

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Video tersebut telah mendapat perhatian Siti sendiri dan dia juga ada kongsikan potongan pendek itu di Instagram miliknya.

“Seronok tgk reaksi orang luar bila buat reaction lagu kita. Betullah, muzik itu boleh menyatukan walaupun kita tak faham pun apa maksudnya. Thank you for the positive reviews”

Netizen turut meninggalkan komen bahawa lagu Siti kini sememangnya sudah sampai ke tahap antarabangsa, buktinya kini sudah ramai Youtuber dari luar negara membuat video react beberapa lagu miliknya sebelum ini.

MV tersebut turut menampilkan Mira Filzah dan Hun Haqeem sebagai watak sampingan dalam jalan cerita lagu ini.

Pada masa yang sama, ramai yang berpendapat bahawa MV lagu ini lain daripada yang pernah dihasilkan oleh pihak produksi Siti sendiri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest