Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Onz

Cekal Melawan Bell’s Palsy, Faye Kusairi Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Alhamdulillah

Published

on

Pelakon Faye Kusairi baru-baru ini mengejutkan ramai kerana perkongsian beliau tentang Bell’s Palsy yang dialaminya ketika diri sedang sarat hamil.

Namun hal itu tidak mematahkan semangatnya dan beliau tetap berjuang melawannya.

Pada 15 Disember 2020, Faye telah berkongsi satu hantaran di Instagram.

Perkongsian itu memberitahu bahawa beliau telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 13 Disember 2020.

Melalui caption:-

“Assalamualaikum, saya ingin berkongsi berita gembira kepada semua.

Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas. Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan baby berada dalam keadaan sihat. Harini saya dan baby sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah.”

Selain itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kebaikan dan kesihatannya:-

“Terima kasih buat semua yg tak putus2 doakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell’s Palsy juga selama beberapa hari ni. Maaf, saya belum mampu nak attend semua komen mahupun DM. Saya akan cuba juga update from time to time regarding my progress as well as keadaan saya berpantang nanti.”

Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti turut tidak ketinggalan dengan meninggalkan ucapan syukur dan tahniah pada ruangan komen.

Kami di Hot FM tumpang gembira dengan berita baik daripada Faye Kusairi ini, selamat berpantang!

 

Baca artikel berkaitan: Percaya Akan Sembuh, Faye Kusairi Kongsi Video Hidapi Bell’s Palsy

Sumber: Instagram Faye Kusairi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest