Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Che Ta Bagi Anak Pakai Dress Pendek, Netizen Tinggalkan Komen Teguran

Comel betul anak Che Ta ni kan…

Published

on

Sebagai seorang ibu, pastinya mereka sentiasa mahu si anak kelihatan cantik dan kemas.

Begitu juga dengan pelakon Rozita Che Wan yang seringkali menata rias anak gadis bongsunya, Aaisyah Dhia Rana sejak kecil sehingga kini.

Aaisyah yang kini sudah berusia 6 tahun sudah pandai bergaya dan apa sahaja pakaian yang dikenakan olehnya pasti mendapat perhatian ramai, begitu juga apa yang berlaku baru-baru ini.

Pada 6 Oktober, Che Ta telah memuatnaik beberapa keping gambarnya bersama dengan anak gadinya itu ketika mereka menginap di salah sebuah resort mewah di Langkawi, Kedah.

Gambar tersebut memperlihatkan Aaisyah sedang baring di riba ibunya sambil mengenakan dress pendek tanpa lengan.

Apa yang telah menarik perhatian ialah pakaian yang dikenakan oleh Aaisyah itu dikatakan agak terdedah.

Maka dengan itu ramai netizen berpusu-pusu meninggalkan komen di Instagram milik Che Ta dan kebanyakan mereka telah menegur cara pakaian Aaisyah.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan itu ialah teguran buat Aaisyah sendiri kerana bagi mereka di usia kecil, kanak-kanak tidak sepatutnya memakaian pakaian seksi seperti itu.

Pada masa yang sama, ada juga segelintir yang beranggapan tidak salah pun sekiranya Aaisyah ingin memakai pakaian seperti itu kerana dia masih kecil.

Mereka turut mendoakan kesejahteraan hidup Che Ta sekeluarga.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest