Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

Comelnya! Aksi Anak Kembar Eina Azman Buat Kek Hari Jadi Mencuit Hati Ramai

Mesti sedap kek yang mereka bakar tu

Published

on

19 Februari 2021 merupakan hari ulangtahun kelahiran anak kembar Datin Paduka Eina Azman yang ke-5.

Bersempena dengan hari yang istimewa itu, Arianna Aubrey dan Karl Kareef telah membuat kek hari jadi mereka sendiri.

Keterujaan pasangan kembar tersebut dapat dilihat melalui video yang dimuat naik Eina menerusi laman Instagram miliknya pada 21 Februari 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman)

Melalui caption:-

“19/2

Ariana Aubrey & Karl Kareef is excited to make and bake their own birthday cake on their 5th birthday!🎉🎉🎉The video is taken on 19th Feb itself! Happy Birthday again my lovely AK! Mummy & Daddy loves you so much! ❤️❤️❤️

Video yang dikongsikan berkenaan menunjukkan kecomelan kembar tersebut yang lengkap berpakaian seperti seorang chef dan juga dipakaikan solekan yang menambahkan daya tarikan mereka.

Senyuman manis yang sentiasa dipamerkan mereka memang boleh buat para penonton ikut tersenyum melihatnya.

Dalam pada itu, aksi comel mereka juga mendapat perhatian ramai pada ruangan komen.

Happy belated birthday diucapkan buat mereka, supaya terus membesar dengan sihat dan dapat menceriakan orang ramai.

 

Baca artikel berkaitan: Keletah Anak Datin Paduka Eina Azman Buat Playdoh Sambil Kenyit Mata Curi Tumpuan

Sumber: Instagram Eina Azman

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest