Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

“Contoh Terbaik, Saling Menghargai”- Warganet Puji Sikap Bertanggungjawab Suami Farah Nabilah

Untung Fawaa!

Published

on

Memiliki pasangan yang menghargai diri kita adalah salah satu nikmat yang Allah SWT berikan yang patut disyukuri.

Mereka yang memiliki pasangan yang sebegitu sangat lah bertuah kerana tiada apa yang lebih membahagiakan daripada memiliki pasangan yang setia, menghargai dan memahami.

Umum mengetahui bahawa pelakon jelita, Farah Nabila atau pun lebih mesra dipanggil Fawaa telah pun selamat melahirkan bayi sulungnya yang diberi nama Andre Omar pada  22 Oktober 2020 di sebuah Hospital swasta di Ampang.

Terbaru, Fawaa ada berkongsikan satu video, di mana suaminya, Mohamed Amirul membuat kejutan ataupun surprise dinner semasa mereka berada di hospital beberapa hari selepas Fawaa melahirkan anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial)

“One night, a few days after I delivered Andre in @kpjampangputeri , my husband organized a surprise dinner for me! With the help of the nurses, I had a wonderful candlelit dinner with pantang food, of course! 😍” tulis Fawaa

Walaupun masih berada di hospital, perkara itu tidak menghalang suami Fawaa, Amirul untuk membuat kejutan sebagai tanda penghargaan kepadanya setelah bertarung nyawa melahirkan bayi sulung mereka.

Alahai bertuahnya Fawaa dapat suami yang sangat penyayang dan menghargainya!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet turut tersentuh melihat Fawaa dan suaminya yang romantis itu.

Semoga kita semua diberikan pasangan yang menyayangi, setia dan bertanggungjawab, Amin!

Baca artikel sebelum ini : Sweetnya Suami Farah Nabilah Tolong Bertungku

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest