Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Convert Kalau Nak Kahwin Ramai” Sharifah Sakinah Ajak Kekasih Masuk Islam, Ini Komen Netizen

Berani ke tu?

Published

on

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan pelakon berbakat besar, Sharifah Sakinah pasti sudah mengetahui bahawa beliau kini sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama dengan seorang jejaka yang berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen.

Sakinah telah memuat naik satu video pendek bagi mempromosikan semua drama yang dilakonkannya berjudul Isteri Misteri dan bakal ditayangkan di sebuah aplikasi penstriman online.

Apa yang menarik perhatian ialah caption yang ditulis oleh Sakinah itu agak lucu apabila dibaca dan turut seperti memberi bayangan kepada peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah)

Adakah ini bermaksud tidak lama lagi mereka berdua akan mendirikan rumah tangga?

Seperti yang semua ketahui, pasangan ini masih mahu merahsiakan hubungan mereka namun ketika Sakinah ditemu bual sewaktu program Melodi pada  13 Disember lalu, beliau telah memberi kenyataan berhubung perkara ini.

“Buat masa ni nak diam dulu sebab saya kan attention seeker. Tapi lagi dua atau tiga bulan tunggu je la, ada surprise sikit.”

Dalam masa yang sama, terdapat satu komen yang telah mencuri perhatian kerana ia merupakan satu info baharu untuk kita pelajari.

Nampaknya tak ada peluang la Michael nak kahwin ramai ya, selamat Sakinah macam ni, haha!

Apa pun kita doakan yang terbaik sahaja buat pasangan ini.

Sumber foto: Instagram Sharifah Sakinah

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest