Connect with us
Hot FM

Selebriti

“Counting Days” Uqasha Senrose Dipuji Cantik Menjelang Hari Perkahwinan

Seri gadis berdarah manis jelas terpancar pada wajah Uqasha setelah bergelar tunang kepada Kamal Adli

Published

on

Menjadi tunangan orang, gelaran itu membawa perasaan yang berbeza buat seseorang.

Sama juga seperti pelakon Uqasha Senrose yang merasa sangat teruja dan bersyukur akan gelaran tersebut setelah bertunang dengan pelakon Kamal Adli.

Pada 11 April 2021, Uqasha telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Baca artikel berkaitan: Bakal Berkahwin Dengan Kamal Adli, Uqasha Senrose Masih Terasa Seperti Dalam Lakonan

Melalui caption:-

“still cant get over it .. feeling so blessed and … counting days ✨ alhamdulilah

#uqashasenrose”

Pelakon tersebut masih teruja dengan hari pertunangannya sebelum ini dan bersyukur akan perkara tersebut.

Uqasha juga sedang menghitung hari seakan hari perkahwinannya sudah semakin hampir.

Sementara itu pada ruangan komen, Uqasha dan Kamal sempat berbalas komen.

Orang ramai juga turut memuji Uqasha yang kelihatan sangat cantik.

Memang nampak sangat seri gadis berdarah manis tu.

Para peminat juga teruja menunggu hari perkahwinan Uqasha dan Kamal.

 

Sumber: Instagram Uqasha Senrose

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest