Connect with us
Hot Selebriti

Onz

“Daddy I’m Not Ready For This,” Ramai Ikut Sebak Bila Lara Alana Nangis

Sedihnya..

Published

on

Baru-baru ini, anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya iaitu Lara Alana baru sahaja kehilangan haiwan peliharaannya.

Ikan yang diberi nama Sushi dimaklumkan telah mati pada awal November lalu dan perkara itu telah dikongsikan menerusi laman Instagram milik Lara:-

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lara Alana Ahmad (@laraalanaa)

Menurut Scha, Lara tidak boleh berhenti menangis sebaik dimaklumkan tentang kematian ikan yang dibela sejak Mac 2020.

Lebih menyedihkan apabila Sushi kelihatan terapung di permukaan air dan Lara menyangka ia mampu hidup semula sekiranya ikan tersebut diberi makanan.

“Daddy, I’m not ready for this” ujar Lara berulang kali

Menurut kapsyen yang ditulis, kini Lara tahu, rata-rata individu di muka bumi ini tidak akan mampu bersedia berhadapan dengan situasi tersebut.

“Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang.” tulisnya

Walaupun ia mungkin perkara kecil bagi anda, ataupun bahan jenaka buat sesetengah pihak, namun ia tidak bagi kami di Hot FM.

Semoga Lara Alana terus kuat, tabah dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa..

 

Baca artikel berkenaan: Lara Alana Menangis Tak Henti Nampak Ikan Peliharaan Mati

Sumber daripada: Instagram Lara Alana

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest