Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Dah Tak Berselindung, Eyka Farhana Tag Akhyar Rashid Pada Foto Jambangan Bunga

Manis sangat ni

Published

on

Umum pasti sudah mengetahui tentang kisah cinta antara selebriti Eyka Farhana bersama dengan pemain pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Akhyar Rashid.

Sebelum ini, banyak gosip liar yang muncul disebabkan masing-masing bagaikan merahsiakan hubungan ini walaupun mereka pernah memuat naik foto bersama-sama.

Pada 14 Disember lepas, Eyka Farhana telah memuat naik fotonya bersama dengan jambangan bunga baby breath.

Walaupun tidak ada ucapan sweet yang ditujukan kepada si pemberi, tetapi Eyka secara terbuka telah tag laman Instagram Akhyar pada foto tersebut menandakan bunga itu merupakan pemberian daripada pemain bola sepak tersebut.

Dalam masa yang sama, Akhyar turut memuat naik semula Intagram story dan posting Eyka bagi mengesahkan bahawa mereka kini sedang menjalin cinta.

Di ruangan komen pula penuh dengan kata-kata ucapan daripada peminat Eyka dan Akhyar sendiri.

Rata-rata mereka bagaikan tidak sabar untuk menantikan berita gembira daripada pasangan kekasih ini.

Apa pun, kita doa yang baik-baik sahaja semoga hubungan mereka berkekalan ke jinjang pelamin.

Sumber foto: Instagram Eyka Farhana

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest