Connect with us
Geng Pagi Hot

Selebriti

Dapat Terlalu Banyak Hadiah Daripada Peminat, Influencer Azfar Heri Sampai Terpaksa Angkut Dengan Guni

Beruntung Azfar dapat hadiah hari jadi sebanyak itu

Published

on

Nama bintang media sosial iaitu Azfar Heri, semakin dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sering memuat naik video yang menarik untuk tontonan, ramai yang suka akan aksi bersahaja dan mesra daripada beliau.

Pada 10 Februari 2021, Azfar telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Foto-foto yang dikongsikan itu menunjukkan dirinya dengan banyak hadiah yang diperolehinya sempena ulangtahun kelahiran Azfar pada 23 Januari lalu.

Menurut Azfar, beliau sangat teruja dan menghargai sokongan ramai kepada dirinya.

Melalui caption:-

“BIRTHDAY GIFT FROM YOU GUYSSSS !!! 🎁

1st time dalam hidup dapat hadiah birthday banyak macam ni, dari fans pulak tu, damnn. Thank you so much for the love, and for your support. I appreciate and I love you guys so much. I akan unboxing satu satu just for you guys. I terharu, i cant believe all of this happened to me 😭🥺”

Memang banyak, wow beruntung Azfar dapat hadiah-hadiah tu semua.

Sementara itu menurutnya, video unboxing semua hadiah berkenaan sudah dimuat naik melalui YouTube channel beliau.

Disebabkan hadiah yang terlalu banyak, beliau terpaksa membahagikan video tersebut kepada 3 bahagian:-

“Video unboxing birthday gift is out ! I buat part 1,2 and 3. Sebab panjang sangat hahaha. Thank you so much for the memories guys ❤️❤️”

Beliau juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada para peminat.

Sementara itu diruangan komen, penyanyi Yuna juga berminat untuk mengirim hadiah buat Azfar.

Wah, bukan biasa-biasa!

Apapun, layanan yang baik daripada semua untuk Azfar ini adalah kerana sikap beliau yang sangat bagus selama ini.

Semoga Azfar terus menghiburkan dan memberi inspirasi buat semua.

 

Sumber: Instagram Azfar Heri

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest