Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Dari Awan Biru Ke Kamera, Budak Ejat Buka Peluang Bekas Kabin Krew Jadi Pelakon

Siapa nak jadi pelakon?

Published

on

Mungkin rezeki mereka sudah tidak berada di awan biru, tetapi kini mereka mempunyai peluang untuk bergelar pelakon.

Akibat penularan virus Covid-19 yang semakin meningkat, syarikat penerbangan Malindo Air kini terpaksa menamatkan perkhidmatan lebih 2,000 pekerja mereka demi untuk mengurangkan kerugian yang terpaksa ditanggung.

Disebabkan itu, pengarah drama Nur iaitu Shahrulezad Mohameddin telah mengambil keputusan untuk menawarkan peluang kepada bekas kru kabin yang berminat untuk menjadi pelakon.

Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ejat bakal menerbitkan sebuah drama baharu dan disebabkan itu dia cuba untuk membuka peluang kepada mereka yang berkenaan supaya dapat meneruskan hidup seperti biasa walaupun tidak lagi bekerja di awan biru.

Dia telah menawarkan peluang itu menerusi posting di Instagram miliknya pada 4 November lalu kepada semua bekas kru kabin Air Asia dan juga Malindo Air.

Dear ex cabin crew, we understand your situation… DM me your profile, maybe be we can do online casting… Maybe you will be the next faces for our next tv series… Let’s do magic!!

Seperti biasa sekiranya mahu bergelar pelakon, sesiapa sahaja pasti perlu melalui sesi uji bakat.

Disebabkan itu, uji bakat kali ini bakal dilakukan oleh pihak produksi Radius One Production Sdn. Bhd secara online sahaja.

Selain Drama Nur, Berikut Senarai Pemenang DFKL 2019 | Murai MY

Namun dimaklumkan uji bakat ini bukan la dibuka hanya untuk bekas kru kabin sahaja, tetapi turut kepada sesiapa yang berminat tidak kira latar belakang.

Mungkin ini juga merupakan peluang untuk korang bergelar pelakon? Mana tahu lepas ni boleh ganti Mira Filzah ke?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest