Connect with us
Hot Selebriti

Onz

Detik-Detik Awal Pertemuan Menyentuh Hati, Neelofa Menangis Lihat Video Kompilasi PU Riz

Takdir tercipta…

Published

on

Segala desas desus mengenai status perhubungan selebriti terkenal bersama seorang pencetus ummah, Neelofa dan PU Riz terjawab selepas beliau dirisik oleh keluarga PU Riz pada 1 November 2020 di kediamannya, di Petaling Jaya.

Apa yang lagi mengukuhkan perkara itu adalah ibu kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini tampil memuat naik foto mereka bersama di laman sosial Instagramnya, dengan kapsyen seperti mengatakan bahawa anak perempuannya itu telah bertemu bakal suami.

Terbaru, Neelofa memuat naik hantaran di IG storynya yang diulang dari laman fanclub lofa.page, di mana fan page itu membuat satu video kompilasi detik-detik awal pertemuan Neelofa bersama bakal suaminya itu.

View this post on Instagram

 

#jagadiauntukkami *Video ini yang mengandungi clips dan gambar lama Neelofa, telah disunting beberapa bulan sebelum Neelofa berniqab. Video ini juga di post dengan izin. Harap maklum. 🎼 Takdir Tercipta – Hafiz & Adira

A post shared by ‎نور نيلوفا (@lofa.page) on

Video yang mengandungi klip lama mereka berdua, berlatar belakangkan lagu Takdir Tercipta dari Hafiz dan Adira  itu nampaknya menyentuh hati beliau.

“This video made me cry Masya-allah”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan turut tersentuh melihat video yang dimuat naik oleh admin di fan page itu.

Malah ada juga yang menyamakan kisah cinta Neelofa dan PU Riz seperti kisah cinta Nabi Muhammad SAW bersama Siti Khadijah.

Memetik laporan Berita Harian sebelum ini, Neelofa pernah berkongsi bahawa dia sudah mengenali PU Riz sejak tiga tahun lalu dan sering bekerjasama untuk menjayakan program di Pertubuhan Kasih Neelofa.

“Saya kenal PU Riz sejak tiga tahun. Kami sudah lama bekerjasama daripada program 99 Names, majlis buka puasa dan terawih di rumah hinggalah aktiviti berkaitan dengan Pertubuhan Kasih Neelofa”

“Bukan sahaja rapat dengan saya, malah PU Riz juga berkawan dengan kebanyakan ahli keluarga saya. Jadi, hubungan kami lebih daripada soal kerja kerana dia juga berkawan dengan ahli keluarga saya”

Walaupun sebelum ini Neelofa pernah menafikan tentang perhubungan mereka, namun segala teka-teka telah pun terjawab.

Semoga segala yang dirancang dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

 

Baca artikel sebelum ini : Siasat Kisah Cinta ‘Sembunyi’ Neelofa & PU Riz, Netizen Dedahkan Teka-Teki Perhubungan Mereka

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest