Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

“Dia Takkan Songlap Duit” Percayakan Abang Sebagai Manager, Ini ‘Balasan’ Istimewa Daripada Mawar Rashid

Hargai kasih abang dalam menjaga dirinya, Mawar Rashid belanja ‘barangan mewah’ tanda terima kasih

Published

on

Pelakon Mawar Rashid mendedahkan rahsia ‘tulang belakang’ yang sentiasa menyokong dan menguruskan segala keperluan harian sepanjang perjalanan kariernya sebagai anak seni sebenarnya diuruskan oleh abang sulungnya sendiri sebagai pengurus peribadi.

Mengetahui bahawa tugas abang secara umum sememangnya besar tanggungjawabnya dalam keluarga, apatah lagi menjaga profesion adik kandungnya sendiri sebagai penggiat seni sedikit sebanyak telah mendorong Mawar Rashid dalam mengecapi impiannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

caption:

“Abang sulong Mawar ni, mesti akan nangis kalau Mawar ckp……. sila baca caption dibawah 👇🏻😹
Bebey akan nangis kalau Mawar ckp thank you kat dia, Mawar akan cakap tq sbb kerja keras untuk Mawar, bebey akan terharu sbb dia mmg all out demi nak cari rezeki untuk kluarga bebey & nak jaga yang terbaik untuk adik dia. Alhamdulillah syukur sgt2 bila abang sendiri jadi Manager Mawar, pape pun, kita tahu dia takkan songlap duit. Bab2 duit kita tak yah risau. Sbb dia mmg jenis jujur. And yg best nya, kalau dia kerja, mmg dia buat betul2. Mana nk cari manager hebat macam ni. A-Z dia tlg settle kan dgn bantuan @arfanrashid contoh dia, mua adik ke, baju adik ke, dialog adik ke.. sometimes my hubby Rafyaakob pun akan team up with my brothers to plan my schedule…”

Menerusi hantaran video yang dimuat naik Mawar Rashid atau dengan nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, beliau dengan penuh rasa terima kasih telah menghadiahkan sebuah ucapan manis buat kakandanya itu, Eddy Dato Rashid kerana telah banyak berjasa kepada dirinya.

Semperna menyambut ulangtahun kelahiran abangnya itu, Mawar Rashid telah menghadiahkan seutas jam tangan mewah serta membelanjakan beberapa jenama pakaian mewah sebagai hadiah yang mungkin tidak mampu diganti dengan harta benda namun layanan istimewa sebegini pasti dapat mengukirkan senyuman manis si abang.

Menyifatkan Mawar Rashid sebagai perwatakan yang manja, sudah pastinya ikatan kekeluargaan yang dimilikinya itu menjadi tunjang utama kebahagian yang dikecapinya itu.

“Respect dengan didikan mommy Mawar…family penuh kasih sayang 24 jam…lot of love untuk semua 😍🥰😘”

Menurut sumber sebuah laman portal, beliau pernah menjalani kehidupan yang paling sukar sewaktu mula bekerja dahulu kerana hanya berbekalkan duit harian hasil jualan bedak muka selain menjadi pelakon tambahan.

“Ibu pernah berpesan untuk menjaga kasih sayang dalam keluarga itu amat penting selain memiliki hati yang bersih dan menghormati orang lain antara sifat yang diterapkan dari dulu”

Mungkin pengalaman dahulu telah banyak mengajar beliau untuk bekerja lebih keras serta sentiasa menghargai individu-individu yang sentiasa berada di saat ‘jatuh bangun’ yang dihadapi oleh dirinya.

Syukur sgt Mawar ada mereka ni. Boleh la Mawar buat kerja2 Mawar yg pelbagai ni, sambil ada time jugak untuk family. Alhamdulillah. Thank you brother! Hope you are happy! I just wanna say thank you so much to you sbb betul2 buat yg terbaik untuk adik sampai kdg2 migrain, thank you jaga adik betul2, jaga emosi adik yang paling terbaik, thank you sanggup korbankan masa bersama your family hanya kerana nk jaga adik. Thank you jaga relationship dgn client bagus2 supaya dorang sentiasa ingat & bg job bnyk2 kat adik…😂”

Wah! Sweet betul Mawar Rashid dengan ahli keluarganya, semoga ikatan kekeluargaan yang dimilikinya sentiasa terjalin dan terpelihara selalu.

Happy Birthday abang Mawar Rashid!

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Mawar Rashid

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest