Connect with us
Hot FM

Selebriti

Didakwa Berada Di Langkawi, Netizen Persoal Cara Neelofa Dan Suami Rentas Negeri

Foto-foto Neelofa dan PU Riz berada di Langkawi tular menerusi sosial media..

Published

on

Ketika kisah perkahwinan pasangan selebriti ini masih lagi hangat diperkatakan susulan ketidakpatuhan kepada garis panduan yang ditetapkan kerajaan bagi majlis sosial yang diadakan pada 27 Mac lalu, Neelofa dan Haris Ismail sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas beberapa keping foto yang mendakwa mereka kini berada di Langkawi, Kedah tular menerusi laman Facebook.

Melalui gambar-gambar berkenaan, kelihatan Neelofa dan Haris berada di sebuah lapangan terbang dan sedang menaiki sebuah penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan terkenal tersebut.

Rata-rata netizen menyuarakan ketidakpuashatian masing-masing dan mempersoalkan bagaimana pasangan yang baru berkahwin itu dibenarkan merentas negeri dan berbulan madu.

Bagaimanapun, di sebalik segala kecaman tersebut, ada juga yang berpendapat Neelofa dan suaminya itu menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk merentas negeri.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) pernah mengumumkan penduduk dari negeri bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan melancong namun menggunakan agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkuatkuasa 10 Mac lalu.

Kebenaran rentas negeri setakat 30 Mac hanya dibenarkan di antara negeri kategori (PKPP) sahaja.

Berdasarkan laporan MKN, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak tertakluk sebagai enam negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Manakala, lapan lagi negeri iaitu Kedah, Sabah, Terengganu, Sabah, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka pula di bawah (PKPP)

Sehingga kini, tiada sebarang perkongsian dalam Instagram Neelofa dan Haris tentang dakwaan mereka sedang berbulan madu.

Sumber foto: Facebook & Twitter

Baca artikel berkaitan:

Lain Dari Yang Lain, Awal Ashaari Kongsi Video Menu Hidangan 5 Bintang Di Majlis Perkahwinan Neelofa!

“Untuk Bakal Suami Saya…” Athisha Khan Kongsi Video Neelofa Bagi Ucapan Lepas Bertunang

“Kita Tengok Yang Seriau” Kain Tersekat Dekat Pelamin, Ramai Risau Neelofa Nyaris Terjatuh

Lepas Mira Filzah, Caprice Kini ‘Kecewa’ Dengan Neelofa Tapi Tetap Doakan Yang Terbaik

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest