Connect with us

Selebriti

Digelar Hina, Zarina Anjoulie Sound Michael Ang Sebab Copycat?

Aaippp jangan gaduh-gaduh…

Published

on

Pelakon Zarina Anjoulie dikenali di laman Instagram disebabkan content video di laman Instagram miliknya yang straight forward dalam menegur mana-mana individu tidak kira orang biasa atau selebriti tempatan sekali pun.

Terbaharu, menurut Zarina, ada segelintir yang menganggap diri mereka rasa terhina apabila disamakan dengan dirinya.

“Aku bukan nak perasan ke apa, ada yang kata hina bila dikaitkan dengan nama aku. Tapi korang guna nama aku untuk business aku tak hina pula?”

Namun tak ada angin, tak ada ribut.

Secara tiba-tiba Zarina secara terbuka telah menegur kelakuan pengarah terkenal, Michael Ang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Kata Zarina, dia sering menerima maklumat bahawa Michael sering meniru content miliknya untuk dimuat naik dekat laman Instagram.

Sebelum ini pengarah tersebut pernah mengatakan beliau terhina apabila namanya berada di dalam kategori yang sama dengan Zarina iaitu kategori Selebriti Sensasi Sangat untuk Anugerah Drama Sangat.

“Michael Ang konon terasa hina dikaitkan dengan diri aku. Michael, kau sedar tak apa aku cakap, esoknya kau cakap jugak. Macam aku cakap artis tak ada duit, esoknya kau cakap jugak pasal tu. Kau sedar tak kau copycat aku? Anju kan hina, kenapa copycate aku?

Tetapi apabila diselidik, video yang dimuat naik oleh Michael itu bertarikh pada November tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Tidak pasti pula mengapa Michael berkata begitu di dalam video berkenaan dan mengapa baru hari ini Zarina menyuarakan perkara ini.

Apa pun, kita doakan sahaja semoga selepas ini Michael dan Zarina dapat berbaik.

Sumber video dan foto: Instagram Zarina Anjoulie dan Michael Ang

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest