Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Dikatakan ‘Jual Bayi’, Abby Abadi Jawab Tuduhan Yang Dilemparkan

Bertabahlah Abby..

Published

on

Pelakon Abby Abadi dilihat aktif menguruskan hal pengambilan anak angkat seperti yang dikongsikan di Instagram miliknya.

Namun ada perkara yang kurang enak didengar apabila Abby mengatakan ada fitnah yang dilemparkan dengan dakwaan dirinya menjual bayi.

Menjawab tuduhan itu, Abby telah berkongsi hantaran di Instagram pada 13 November 2020.

Menurut caption yang ditulis Abby, ada pihak yang menokok tambah tentang pengurusan anak angkat yang dilakukannya bersama suami.

Abby berkata dia terlibat dengan perkara tersebut secara tidak sengaja setelah dia mula mengambil anak angkat pertama yang mana akhirnya kini dia dan suami memiliki tiga orang anak angkat.

Tentang isu bayaran pula, Abby mengatakan bahawa ia adalah untuk kos bersalin dan berpantang ibu kandung bayi.

Tambahnya lagi, dia hanyalah perantara untuk urusan tersebut.

Perkongsiannya mendapat komen dari netizen yang rata-rata merasakan tuduhan itu tidak berasas.

Apa pun, semoga perkara baik yang dilakukan dipandang positif oleh semua pihak.

Semoga Abby Abadi dapat terus membantu mereka yang memerlukan dalam pengurusan anak angkat ini.

 

Baca artikel berkaitan: Abby Abadi Dan Suami Bahagia Dapat Bantu Pasangan Suami Isteri Dapatkan Anak Angkat

Sumber: Instagram Abby Abadi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest