Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Dikatakan Sengaja Menunjuk, Ini Komen Aeril Zafrel Tentang Foto Solat Jemaah Dengan Isteri

Win!

Published

on

Ramai tahu bahawa pelakon Aeril Zafrel baru sahaja bebas daripada wabak COVID-19 selepas menjalani ujian calitan kedua.

Selepas mendapati bahawa dirinya didapati negatif daripada wabak itu, Aeril telah kembali ke pangkuan keluarganya dan menjalani rutin harian seperti biasa.

Baru-baru ini, Aeril telah memuat naik satu video di laman Instagram miliknya di mana dia bersama isterinya sesudah menunaikan solat secara berjemaah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Dalam posting tersebut, beliau memaklumkan baru kali ini berkesempatan menunaikan solat berjemaah dengan isteri selepas hampir beberapa minggu solat bersendirian kerana menjalani kuarantin.

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut nyata tidak disenangi oleh seorang netizen yang mempersoalkan Aeril yang seolah-olah menunjuk-nunjuk ketika beribadat.

Tak hanya berdiam diri, Aeril telah tampil membalas komen tersebut secara berseloroh dan menarik perhatian warganet sehingga mengumpul lebih daripada 10,000 tanda suka di jawapan balas pelakon tersebut.

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram suami kepada Wawa Zainal tersebut dengan menyokong kenyataan balas Aeril yang menghiburkan.

Macam-macam hal kan! Apa-apa pun, kita masih lagi belum menang ya, sama-sama kita bantu barisan hadapan dalam memutuskan rantaian COVID-19 ini.

Duduk di rumah sekiranya tiada kepentingan untuk berada di luar, amalkan kawalan kendiri dan jaga keselamatan keluarga masing-masing.

Sumber video: Instagram Aeril Zafrel

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest