Connect with us

Selebriti

Dikecam Kerana Berada Di Langkawi, Alyah Kemukakan Bukti Kebenaran Rentas Negeri

Datin Alyah pun sudah menjawab segala persoalan yang dilontarkan kepadanya

Published

on

Negara masih hangat dengan isu kesalahan merentas negeri yang membabitkan beberapa nama selebriti tanah air.

Ia menimbulkan rasa kurang senang orang ramai kerana sekatan tersebut masih berjalan di banyak negeri di Malaysia.

Pada 7 April 2021, penyanyi Datin Alyah telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Baca artikel berkaitan: Muat Naik Foto ‘Kahwin Semula’, Datin Alyah Kini Bukan Lagi ‘Bibik’ Datuk Ramli MS

Hantaran itu memberitahu bahawa Alyah telah menerima banyak mesej di Instagram yang mempersoalkan dirinya yang berada di Langkawi.

Menjawab persoalan tersebut, beliau telah memberitahu alasannya berbuat demikian dan turut sertakan bukti berkaitan urusan rentas negeri.

Melalui caption:-

“Assalam sejak saya berada di langkawi ni, mcm mcm Dm yg saya terima contoh DM seperti diatas.itu belum no yg tak kenal dgn tiada salam terus maki hamun saya persoal itu ini pasal SOP.
Saya masih seorng penyanyi dan sy bekerja dibawah record saya sendiri. sebagai peniaga musik saya harus mengeluarkan lagu bagi memastikan peniagaan ini berterusan.peniagaan musik ini bukan hanya pada halwa telinga sahaja.tapi pihak saya perlu juga mengeluarkan product dlm bentuk visual juga.”

Alyah juga berkata, tujuannya ke Langkawi adalah atas urusan kerja.

“Pihak saya dan team like music sdn bhd ke langkawi kerana atas urusan kerja bagi menyiapkan MV terbaru saya #ThankyouALLAH
Apa yg di usulkan oleh anda yg mcm tak puas hati terhadap saya betul ia terjadi tapi kesemuanya atas pemintaan bagi menyiapkan MV terbaru saya ya.
Saya tk naik KAPAL utk suka suka.dan tidak berkeinginan pon ke langkawi kalau setakat nak tukar tukar baju fesyen…sebelum saya dan team ke langkawi, Kami sedaya upaya menyediakan segala document perjalan juga surat kebenaran dari pihak berkuasa. Kalaulah saya TAK CERDIK juga, saya minta maaf.”

Oleh itu, jelaslah bahawa Alyah tidak melanggar arahan merentas negeri tanpa alasan kukuh.

Sementara itu, hantaran ini juga dihujani dengan pendapat orang ramai.

Semoga isu rentas negeri seperti ini tidak lagi menjadi perbalahan ramai.

 

Sumber: Instagram Datin Alyah

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest