Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Dini Schatzmann 2 In 1, Merangkap Kekasih Dan Personal Coach Janna Nick

Untung Janna, dapat 2 in 1. Kekasih sendiri pun boleh jadi personal coach ya.

Published

on

Nampaknya semakin hari, bunga-bunga cinta antara pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann semakin mekar, lebih-lebih lagi apabila kini mereka telah digandingkan dalam sebuah drama tempatan.

Jika dilihat, tubuh badan Dini boleh dikatakan agak fit dan itu merupakan pakej buat Janna apabila kekasih hatinya itu turut boleh dijadikan sebagai personal trainer buat dirinya sendiri.

Pagi 9 Februari, Janna kelihatan menghabiskan masanya dengan bersenam bersama Dini di sebuah kawasan lapang.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu turut ada memuat naik satu video menunjukkan dirinya dan Dini sedang membuat satu senaman berbentuk lagu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Walaupun Janna kelihatan agak semput, tetapi Dini masih lagi kuat untuk meneruskan sehingga habis.

Rata-rata yang meninggalkan komen memuji kecomelan pasangan ini dan ‘cemburu’ melihat pasangan ini sedang bermanis-manis di pagi hari.

Semoga hubungan Janna dan Dini berkekalan hingga ke jinjang pelamin, ramai dah tak sabar nak makan nasi minyak tu!

Sumber video: Instagram Janna Nick

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest