Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Onz

Disamakan Seperti Anuar Zain Dan Awie, Peminat Mahu Syafiq Kyle Potong Rambut

Biarlah dia….

Published

on

Siapa yang tak kenal dengan aktor pujaan ramai, iaitu Syafiq Kyle yang kini tampak kacak dengan penampilan baharunya berambut panjang.

Rupanya perkara itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang atau ‘sakit mata’ sesetengah pihak terutama nya dalam kalangan peminatnya yang kurang gemar dengan penampilan baharunya itu.

Syafiq dilihat mengenakan gaya rambut itu sejak April lalu. Ada yang beranggapan bahawa Syafiq tidak sesuai dengan berambut panjang, malah ada yang menyuruhnya memotong rambut.

Selain itu, ada juga warganet yang menyamakan dirinya dengan selebriti lain seperti Anuar Zain, Shukri Yahaya dan juga Awie! Aduhai macam-macam yaaa netizen ni.

Meninjau di ruangan laman sosial Twitter Syafiq, dia juga pernah memuat naik ciapan mengatakan dirinya rindu berambut pendek.

“Style mana belum lagi eh?” tulis Syafiq di Twitter

Min berpendapat, mungkin juga Syafiq sedang mencuba gaya rambut baharu yang sesuai dengannya. Tak salah pun kalau nak mencuba, lepas tu baru lah kita tahu gaya mana yang sesuai dengan kita betul tak?

Image

Terdahulu, Syafiq pernah dikecam netizen kerana mewarnakan rambut berwarna perang sehingga ada yang melabelkan Syafiq mengikuti budaya barat.

Beliau bagaimanapun menegaskan niat mewarnakan rambutnya itu adalah atas sebab tuntutan watak dan dirinya juga tidak mahu terlalu bosan dengan penampilan yang sama sahaja.

It’s okay, Syafiq buatlah gaya apa pun tetap handsome lah. Right girls? 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest