Connect with us
Hot FM

Selebriti

Disebabkan Bekas Suami Loca B Bukan Warganegara, Anak sulung Isteri Tuju K-Clique Tidak Mendapat Kerakyatan

Muat naik kenyataan meluahkan rasa kecewa, Loca B risau akan masa depan anaknya

Published

on

Penyanyi rap wanita, Loca B atau dengan nama sebenarnya Nabilah Hani Azali telah memuat naik beberapa kenyataan gambar berserta luahan berbaur kekecewaan sebagai wanita yang mempunyai seorang anak bukan warganegara Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LOCA B (@kuning.langsat)

Menyifatkan Loca B sebagai seorang penyanyi yang begitu menjaga perihal peribadi kisah hidupnya, kali ini beliau tampil bersuara menceritakan ‘penderitaan’ yang dilalui hidupnya kerana terpaksa berulang-alik ke mahkamah dalam usaha menukar kerakyatan anak sulung hasil perkahwinan bersama bekas suami.

Loca B yang sebelum ini pernah mendedahkan mengenai dirinya sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang cahaya mata sebelum berkahwin dengan ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju.

Jelasnya menerusi sebuah sumber laman portal, beliau mengambil keputusan untuk tidak menceritakan soal peribadi demi mengelak daripada sebarang gangguan yang timbul terutama yang membabitkan keluarga.

“If you know me, you would know how hard it has been for me and Yusuf dan sampai sekarang, saya usahakan untuk menukar his citizenship. JPN mahkamah apa semua itulah jadual aku bila tidak bekerja. Setiap tahun aku beratur di imigresen untuk renew visa Yusuf.”

Perkongsian yang dibuat itu sedikit sebanyak menceritakan rutin yang dilaluinya sangat memenatkan memandangkan usaha ini merupakan jadual harian buat dirinya semasa tidak bekerja semenjak 5 tahun lalu sehingga ke hari ini demi untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan buat anaknya, Yusuf Alezander yang telah dilahirkan di United Kingdom.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan pandangan mereka mengenai isu ini.

Kerumitan proses mendapatkan taraf kerakyatan bagi anak selepas melahirkan hasil perkahwinan dengan lelaki warga asing di luar negara dikatakan membuatkan beberapa wanita warga tempatan kecewa kerana sistem sedia ada tidak dapat memihak kepada mereka.

“Mengapa tidak dapat ikut kewarganegaraan ibu? Adakah saya sebagai wanita kurang, dan tidak berhak menurunkan kewarganegaraan saya pada anak saya? Sumpah penat. Penat fikir masa depan Yusuf. Sebab tu aku kerja keras sebab aku tahu Yusuf akan perlukan lebih.”

Menurut sumber laporan Berita Harian, kewarganegaraan bagi anak pasangan wanita tempatan dan lelaki warga asing yang berkahwin secara teratur dan diiktiraf serta dilahirkan di luar negara akan mengikut taraf kerakyatan bapanya.

Ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan berlaku situasi anak dilahirkan pasangan berkenaan mendapat dua warganegara.

Oleh itu, kewarganegaraan individu itu ditentukan oleh status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu dan bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku selaras dengan peruntukan yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, penyanyi rap wanita sulung yang memegang trofi Anugerah Juara Lagu edisi yang ke-35 ini dikhabarkan bakal terus ‘memperjuangkan’ haknya justeru ingin membantu para ibu yang mengalami nasib yang sama seperti dirinya.

“I will fight for other mothers in my position and I will do everything in my power to be vocal about this.”

Hal yang demikian mungkin agak rumit dan sukar untuk difahami jika tidak mendapat sebarang penjelasan dan pemakluman yang jelas, namun diharapkan penyanyi ini dapat menyelesaikan dengan cara yang baik dan mudah.

Sebagai rekod, hasil perkahwinan keduanya bersama Tuju K-Clique beliau telah dikurniakan cahaya mata keduanya yang diberi nama sebagai Bintang Aiko.

Meskipun anaknya itu pernah didiagnosis Gastrosis iaitu mengalami kecacatan pada dinding abdomen yang menyebabkan usus bayi berada di luar perut tanpa lapisan pelindungan, bayi comel ini telah berjaya sembuh dan telah bebas daripada penyakit berkenaan.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Loca B

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest