Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Ditanya Soal Bernikah Lagi, BCL Hanya Tersenyum dan Menggelengkan Kepala

Terus kuat Bunga..

Published

on

Pada Disember 2020, genap 10 bulan pemergian suami kepada penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari atau BCL akibat serangan jantung.

Malah, sehingga kini beliau dilihat masih lagi dalam keadaan terkejut dan sedih dengan berita tersebut.

Terkini, penyanyi Maia Estianty yang juga teman rapat BCL telah memuat naik sebuah video di laman YouTube miliknya memaparkan curahan hati dibuat oleh penyanyi yang popular menerusi lagu Ingkar itu.


Video tersebut sebenarnya adalah majlis reunion antara bekas juri Indonesian Idol yang melibatkan juri-juri lain termasuk Ari Lasso.

Sebagai rakan yang prihatin, Maia mengambil peluang itu untuk menemuramah sendiri BCL dengan bertanya mengenai perkembangannya.

Apabila diajukan soalan mengenai bernikah lagi, ini jawapan BCL:

“Sampai sekarang? Belum,” ringkas jawapannya sambil menggeleng kepala.

Menurut BCL, terlalu sukar untuknya mengembalikan semangat diri dan menerima kenyataan bahawa suaminya sudah tiada.

Hakikatnya, BCL akui beliau mengambil masa lebih enam bulan untuk mendapat kekuatan dirinya semula dan kembali bekerja seperti biasa.

“Sejak dari hari pertama menjalani terapi memulihkan diri, setiap hari saya menangis. Kemudian, baru rasa diri kembali berfungsi. Itupun selepas lima atau enam bulan. Barulah saya berupaya melakukan sesuatu, terutama kembali bekerja,” katanya.

BCL juga mengakui dirinya ibarat robot tanpa perasaan, ketika terpaksa menjayakan beberapa tuntutan kerja beberapa hari selepas Ashraf meninggal dunia.

“Perkara pertama yang paling penting sekarang adalah untuk dapat terus bernafas. Kalau boleh bernafas, boleh bercakap, kemudian boleh jumpa orang,” katanya.

Apa-apa pun, semoga BCL terus tabah dalam menempuhi hari-hari yang mendatang dan terus kuat menjalani kehidupan..

 

Sumber Video: YouTube Maia Aledul TV

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest