Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

Ditenangkan Ibu, Alvin Chong Menangis Tak Dapat Sambut Tahun Baharu Cina Bersama Keluarga

Sedihnya tengok kedua-dua beranak ini yang menahan rindu

Published

on

Perayaan kaum mahupun agama pasti meriah jika dapat disambut bersama keluarga tercinta.

Mana tidaknya, perayaan besar khususnya menjadi waktu yang indah tatkala semua ahli keluarga berkumpul untuk menyambutnya bersama-sama.

Namun dengan keadaan pandemik COVID-19 serta arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berjalan, sambutan secara besar-besaran tidak dibenarkan.

Ia termasuklah perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut pada 12 Februari 2021.

Pelakon Alvin Chong ialah antara selebriti berbangsa Cina yang terkesan dengan keadaan ini.

Beliau telah memuat naik satu video di Instagramnya pada 11 Februari 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123)

Video tersebut menunjukkan saat Alvin menghubungi keluarga melalui panggilan video.

Jelas kelihatan kesedihan di wajah Alvin dan ibunya.

Menurut caption:-

“I thought I will be fine by myself this new year but I’m not. I miss my family. My mum was trying to cheer me up ❤️”

Alvin pada awalnya menyangka beliau akan baik-baik saja apabila tidak dapat meraikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga.

Namun beliau mengakui, dirinya sangat merindui keluarganya itu.

Kesedihan beliau itu cuba ditenangkan oleh ibunya walaupun hanya melalui panggilan video.

Sementara itu di ruangan komen, ramai yang turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina buat Alvin dan cuba memberi kata-kata semangat untuk beliau.

Sabarlah Alvin, suatu masa nanti negara kita pasti pulih daripada COVID-19.

Di kesempatan ini juga, kami di Hot FM ingin ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina buat Alvin!

 

Baca artikel berkaitan: ‘Bukan Gimik Murahan, Saya Dan Athalia Hanya Rakan Sekerja’- Alvin Buka Mulut Isu Bercinta Bawah Umur

Sumber: Instagram Alvin Chong

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest