Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Dituduh Bawa Balik Gadis, Netizen ‘Spill Tea’ Da’i Syed Pernah…

Serious la??

Published

on

Di laman Twitter kini kecoh apabila netizen sedang memperkatakan tentang perbuatan seorang pendakwah dan juga bekas peserta program Da’i Pendakwah Nusantara iaitu Da’i Syed yang dikatakan telah membawa pulang dan turut merogol seorang gadis.

Pendedahan itu dilakukan oleh seorang pengguna Twitter yang mengatakan salah seorang rakannya telah dirogol oleh Da’i Syed ketika dia mengikuti pendakwah itu pulang ke rumah.

Twit itu telah mendapat perhatian ramai sehingga ada juga yang turut kongsikan kisah mereka yang telah menjadi mangsa kepada pendakwah dan penyanyi berusia 25 tahun itu.

Difahamkan ramai gadis telah dibawa pulang oleh Da’i Syed dengan alasan untuk berbincang tentang urusan perniagaan tetapi lain pula yang terjadi selepas mereka sampai ke atas rumah.

Dalam masa yang sama, ada segelintir netizen turut mempersoalkan tindakan gadis itu memuat naik twit sedemikian kerana tiada bukti yang kukuh untuk membuktikan perkara itu.

Ada antara mereka mahu bukti seperti perbualan di Whatsapp atau apa sahaja berkaitan si mangsa dan Da’i Syed sendiri.

Menurut mereka jika benar perkara itu pernah berlaku, mengapa tidak ada yang mampu membuat laporan kepada pihak polis dan hanya mendiamkan diri sehingga hari ini?

Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail dikenali oleh sesetengah masyarakat oleh disebabkan kerja amal yang sering dilakukannya.

Sebelum ini, imej dirinya pernah dipersoalkan kerana memiliki rambut yang panjang dan tidak mencerminkan seperti seorang pendakwah.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Da’i Syed sendiri berkaitan isu ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest