Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Doakan Jodoh Masing-Masing” Majlis Perkahwinan Nonny Nadirah Dan Niezam Zaidi Dibatalkan…

Semoga ada jodoh yang baik sedang menanti…

Published

on

Umum sudah mengetahui tentang kisah cinta antara pasangan pelakon Nonny Nadirah dan Niezam Zaidi yang dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Namun pada 26 Oktober, Malaysia dikejutkan pula dengan berita pembatalan majlis mereka itu.

Berita ini disahkan sendiri oleh Nonny apabila dia memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya pada 25 Oktober lalu.

“Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan.”

Nonny turut sempat meminta kepada peminatnya untuk mendoakan kebahagiaan buat mereka walaupun selepas ini masing-masing akan membuat haluan sendiri.

Akui sebagai manusia biasa, mereka hanya mampu untuk merancang untuk masa hadapan tetapi Allah sahaja yang mempunyai kuasa untuk memperkenankan semua itu.

Menerusi posting berkenaan, Nonny juga dilihat telah menukar status Niezam daripada ‘bakal suami’ kepada ‘sahabat’ ketika memberi ucapan hari lahir kepada jejaka tersebut.

Dalam masa yang sama, Nizam turut berterima kasih kepada Nonny atas ucapan yang diberikan dan dia juga sempat meninggalkan pesanan supaya Nonny dapat menjaga dirinya selepas ini.

Tambah Nonny, dia tidak dapat untuk menjawab semua panggilan daripada pihak media dalam masa terdekat dan buat ketika ini dia mengambil keputusan untuk berdiam diri seketika.

Pasangan ini telah mengumumkan tentang hubungan istimewa mereka pada sekitar Jun lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah S.W.T dan kita sebagai manusia perlu menerima segala kehendak-Nya dengan hati yang terbuka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest