Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

“Doakan Yang Terbaik Buat Saya,” -Shuk Sahar

Shuk memohon doa daripada orang ramai atas bidang terbaharu yang diceburinya..

Published

on

Dikecam dan dicemuh sebelum ini kerana terpalit dengan pelbagai kontroversi, pelawak dan bekas penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar enggan menjadikan ia sebagai batu penghalang dalam memastikan dirinya bangkit daripada episod hitam.

Komited untuk terus memandang ke hadapan, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohammad Sahar, 35, kini lebih selesa meletakkan fokusnya dalam bidang perniagaan.

Shuk ketika ditemui pada pembukaan kafe terbaharunya pada 3 April, turut memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dirinya selain dipermudahkan urusan perniagaannya selepas ini.

“Terima kasih kepada yang hadir memeriahkan pembukaan kafe ini. Doakan yang terbaik buat saya ya,” ujar Shuk

Menurut Shuk, idea untuk menghasilkan kafe tersebut sebenarnya sudah lama dan memandangkan secara kebetulan kini sudah tidak lagi terikat dengan komitmen sebagai penyampai radio.

Dalam pada itu, Shuk turut merasakan ini adalah waktu yang paling sesuai untuk dirinya beralih tumpuan pada impian lain iaitu dengan pembukaan kafe minuman walaupun sebelum ini beliau pernah menjalankan perniagaan berasaskan makanan.

“Mungkin akan ada yang kata kafe saya seolah-olah meniru jenama minuman terkemuka yang lain. Perkara itu tidak benar kerana setiap minuman yang dihasilkan memang berbeza,”

Jelas Shuk, segala produk minuman di kafe yang diberi nama Semooth ini tidak menggunakan gula kecuali gula gantian sebagai bahan utamanya demi memberikan yang terbaik buat pelanggan.

Selain minuman, hidangan manisan lain seperti pelbagai jenis kek dan wafel juga bakal menjadi tarikan buat pelanggan yang harganya bermula dari RM6.99.

Tahniah Shuk! Hot FM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga perniagaan yang diusahakan akan terus berkembang pada masa hadapan.

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest