Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Don’t Cry Asad!”- Menangis Cover Lagu Justin Bieber, Peminat Turut Tersentuh Lihat As’ad Motawh Hayati Lagu

Jangan nangis…

Published

on

Pernah digelar ‘Justin Bieber Malaysia’, penyanyi BBNU As’ad Motawh sering menjadi sebutan dan perhatian para remaja yang menggilai dirinya dek kerana wajah yang kacak seakan penyanyi antarabangsa itu.

Sekian lama tidak mendengar khabar, As’ad Motawh kini tampil dengan cover lagu baharu daripada Justin Bieber dengan Lagu Lonely.

Penyanyi lagu Senyum itu juga turut memuat naik teaser cover lagu itu di laman sosial Instagram, memberitahu pengikutnya bahawa lagu tersebut sudah boleh ditonton di Youtube rasmi miliknya.

Melihat di dalam cover lagu itu, As’ad dilihat sangat menghayati dan menangis ketika menyampaikan lagu berkenaan sehingga pengikutnya turut tersentuh melihat dirinya menangis.

Dalam pada itu, perkembangan terbaru, As’ad dikhabarkan mengalami kecederaan pada kakinya kerana tersepak besi ketika bermain futsal, perkara itu disahkan oleh ibunya Dato’ Yustita Sidi J Aldjabbar di laman sosial Instagram miliknya.

Sama-sama kita doakan supaya As’ad cepat sembuh dan dapat perform semula seperti biasa!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest