Connect with us
Projek Radio

Selebriti

‘Duit Dah Bayar, Tapi Kerja Tak Siap!’- Tanpa Selindung, Awal Ashaari Dedah Nama Syarikat Perabot

Bab duit jangan buat main tau…

Published

on

Nak dapatkan duit bukannya mudah, jadi disebabkan itu la kenapa ada sesetengah orang sangat berkira dalam bab duit.

Cuma macam mana pula kalau kita dah bayar, tapi kita tak dapat pula hasil yang dijanjikan?

Semenjak 13 Oktober lalu, pengacara Awal Ashaari telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap satu syarikat perabot tempatan.

Menurut Awal yang bakal menimang cahaya mata kedua itu, dia memaklumkan bagaikan sudah ditipu oleh individu bernama Azrianna yang merupakan pemilik kepada syarikat perabot Nazcarpentry.

Dimaklumkan Awal telah membayar sejumlah wang kepada mereka bagi tujuan menghias rumahnya.

Dah lebih sebelum semejak awak punya ‘Ok Awal’, sampai bila nak lari daripada client?

Tambahnya lagi, peguamnya juga telah menghubungi syarikat perabot berkenaan namun tidak mendapat sebarang maklumat balas dan mereka hanya mendiamkan diri.

Awal berasa kesal kerana dia telah membayar duit yang diminta mungkin sebagai deposit, tetapi kerja yang sepatutnya dilakukan masih lagi belum siap serta mereka tidak memberi kerjasama untuk berbincang.

Dalam masa yang sama, pihak syarikat perabot Nazcarpentry juga belum mengeluarkan apa-apa maklum balas berkaitan posting Awal dan dengan itu juga isu ini masih belum selesai.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest