Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“Dunia Sekarang Senang Fitnah Tersebar,” Syifa Melvin Tuju Dekat Siapa Tu?

Awas ya!

Published

on

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan khabar gembira selepas tonggak sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid terbang ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC.

Safawi yang ketika ini sudahpun berada di lokasi berkenaan berhijrah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu.

Turut berkongsi kegembiraan tentang perkara tersebut pastinya wanita yang dikaitkan dengan Safawi iaitu adik kepada pelakon dan usahawan Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin.

Syifa turut dilihat memberi sokongan padu kepada Safawi dengan menghantarnya ke lapangan terbang.

Safawi Rasid (empat dari kiri), Syifa (empat dari kanan) bersama rakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto ihsan IG lia_natalia

Namun, baru-baru ini Syifa telah memuat naik kenyataan menerusi laman Instagram Story miliknya dengan berkata:-

“Fitnah boleh terjadi hanya di hujung jari,” ujarnya.

Syifa turut memesan kepada orang ramai supaya tidak berkongsi tentang sesuatu perkara ataupun menjadikannya sesuatu bahan sekiranya tidak pasti sejauh mana kesahihannya.

Menurutnya juga, setiap perkara yang ditulis ialah lambang keperibadian sendiri.

Betul kata Syifa tu, apa-apa pun Tengku Mahkota Johor dah muat naik foto yang memaparkan Safawi memakai jersi nombor 9. Selamat maju jaya buat Safawi!

 

Artikel ditulis oleh: Fatin Hamimah

Sumber foto: Berita Harian, Instagram Tengku Mahkota Johor & Syifa Melvin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest