Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

‘Dalam Akaun Pun Hanya Ada RM40’- Ebby Yus Terima Wang Daripada Peminat Singapura

Baiknya hati wanita ni, semoga dia dimurahan rezeki selalu

Published

on

Bagaikan menerima durian runtuh walaupun pada masa yang sama perasaan itu bercampur baur antara mahu ambil atau tidak pemberian yang diterima.

Pelakon dan pelawak terkenal Ebby Yus mendedahkan bahawa ketika sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, dia telah menerima bantuan daripada salah seorang peminatnya dari Singapura.

Tambahnya, dia telah menerima wang tunai sebanyak RM30,491.93 walaupun pada mulanya dia telah menolak secara baik ketika menghubungi wanita tersebut.

Awalnya dia hubungi pembantu saya dan suarakan hasrat untuk memberi sumbangan kerana tahu mengenai keadaan kesihatan yang saya alami.

Saya katakan pada dia, mohon sumbangkan doa pun sudah mencukupi. Namun, dia mendesak untuk tetap memberikan sumbangan kerana seluruh keluarganya meminati saya.

Menurut temubual Ebby bersama dengan sebuah portal hiburan tempatan pada 5 oktober menjelaskan bahawa pada mulanya dia berasa agak curiga kerana secara tiba-tiba ada yang ingin menyumbangkan wang sebanyak itu.

Namun selepas dia menyemak akaun bank miliknya, benarlah telah masuk wang sebanyak itu.

Lebih memilukan hati apabila ketika itu Ebby hanya mempunyai RM40 sahaja di dalam akaun bank miliknya.

Allah menghantar individu ini, yang bagi saya sangat berhati mulia dan ikhlas. Kalau bukan kerana situasi pandemik sekarang, saya dah ke Singapura untuk bertemu dengannya sekeluarga.

Pada mulanya dia juga berasa tidak percaya kerana ada peminat yang sanggup memberi wang sebanyak itu kepadanya.

Syukur masih ada individu yang berhati mulia seperti ini. Diharapkan juga kesihatan Ebby kembali pulih seperti sediakala.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest