Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

“Edit Kat Mana Ni?” Foto Tangan Berurat Hairul Azreen Bikin Ramai Mahukan Tips

Ni bukan gambar edit ni, confirm gambar betul!

Published

on

Nama pelakon Hairul Azreen semestinya tidak asing lagi daripada genre filem aksi kerana beliau memiliki bentuk badan yang menarik serta minat mendalam pada aksi lasak.

Sebagai seorang pelakon semestinya bapa kepada dua cahaya mata itu sering berusaha untuk mengekalkan bentuk badannya supaya mudah baginya untuk melakonkan apa-apa watak.

Dikesempatan itu, Hairul ada memuat naik foto tangannya yang berurat!

Namun apa yang lebih melucukan ialah Hairul sempat menulis caption memberitahu beliau telah menahan nafas bagi mendapatkan foto seperti itu.

Foto tersebut telah mendapat perhatian ramai selepas melihat urat Hairul keluar dengan ‘meliar’ di lengannya.

Biasa orang lain tahan nafas nak bagi perut kempis, Hairul tahan nafas keluar urat dekat tangan ya!

Dalam masa yang sama, Hairul turut memberitahu bahawa beliau tidak mengambil makanan berunsurkan garam dan gula.

Mungkin Hairul ada projek baharu, sebab tu badan beliau boleh jadi macam tu kan?

Sumber foto: Instagram Hairul Azreen

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest