Connect with us
Hot FM

Onz

[EKSKLUSIF!] Neelofa Beri Hint Hari ‘Istimewa’ Bakal Berlaku Pada Februari 2021

Hari apa tu…

Published

on

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa pada 1 Oktober 2020 memaklumkan sesuatu yang istimewa bakal berlaku pada Februari 2021.

Neelofa yang ditemui pada sidang media menerusi majlis pelancaran butik baru tudungnya di sebuah pusat beli belah di ibu negara bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang hari istimewa tersebut.

“Ada benda-benda yang sangat “P&C” dan ada juga perancangan sangat excited menyusul February onwards,” ujarnya

Disamping meraikan pembukaan butik tersebut, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor turut menyatakan bahawa terdapat banyak lagi perkara yang beliau sekeluarga mahu capai selain perancangan yang akan dikongsi dari semasa ke semasa.

Untuk itu, beliau menghargai sokongan daripada peminat selain tidak henti mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan memohon agar perniagaan yang diusahakan sentiasa diberkati Allah S.W.T.

Selain itu, Neelofa turut berkongsi bahawa sepanjang kerjayanya sebagai usahawan, beliau dan ‘team’ sudah berjaya menjual 10 juta helai barangan dan itu adalah pencapaian tertinggi yang pernah diperoleh. Tahniah Lofa!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest