Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Selebriti

Elfira Loy Dipuji Jadi ‘Cikgu’ Didik Anak, Netizen ‘Geram’ Rayyan Pandai Buat Bunyi Haiwan

Jangan takut dikritik mengenai cara mendidik anak, Elfira Loy kongsi proses pembelajaran bersama anaknya buat kenangan

Published

on

“Pandainya dia 😍 ank sy dah setahun 7 bulan dia pndai sebut umiy baba , adik , bye , nak ja 😭 bnyak kali ajar perkataan mcmnih tapi dia buat taktau ja”

Memuat naik video belajar bersama anak, pelakon genit Elfira Loy menerima pujian ramai setelah berkongsi video sesi pembelajarannya bersama Rayyan iaitu anak lelakinya bersama Muhamad Khairol Faris Anuar.

Menerusi video hantaran yang dikongsi melalui Reels Instagram, rata-rata peminat kagum dengan kebijaksanaan Rayyan dalam memberi respon yang memberangsangkan semasa sesi pembelajaran.

Caption:

“Let’s study with Rayyan! Sharing this for memories. Nasib baik dulu el rajin record semua milestones rayyan, bila orang tanya el pasal rayyan, el suruh refer je pada page rayyan…”

Elfira yang kini sudah bergelar sebagai ibu kepada si comel ini, turut meluahkan pendapatnya bahawa jika ada sebarang perkongsian yang ingin dilakukan oleh para ibu di luar sana mengenai anak mereka, dinasihatkan untuk tetap berbuat demikian serta jangan mengendahkan kritikan dan pandangan yang negatif dari orang ramai.

 “Im glad other mothers shares too dari situ banyak el belajar and refer. Tapi jangan jadikan benchmark untuk anak kita pulak. Setiap anak terdedah pada environment yang berbeza-beza. Kalau dia tak biasa tengok benda tu tetiba kita nak dia cakap jugak benda tu, susahkan 😅 . So kita belajar dari minat anak kita and polish je dari situ. #1year5monthold”

Tips yang dikongsi oleh Elfira itu benar-benar mendapat sokongan ramai, kerana proses pembelajaran kanak-kanak harus dimulai dari kecil agar sel-sel otak mereka dapat berhubung apabila berlakunya sesuatu proses pembelajaran.

“My babyboi pun ingat animal yang Rayyan tengah belajar ni. Seronok betul dia sampai banyak kali repeat sebut hehehe so cute your baby el! ❤️”

Anak sulung kepada pelakon ini, Muhamad Rayyan Khalaf merupakan cahaya mata pertama yang dikurniakan kepada Elfira Loy dan suami setelah mendirikan rumah tangga mereka pada 1 Januari 2019 setelah terputus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, pada 18 Februari 2018.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Elfira Loy

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest