Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Excited Akhiri Zaman Bujang, Nabil Mahir Mahu 13 Orang Anak Bersama Ayda Jebat

Good luck Ayda!

Published

on

Pasangan yang sentiasa mencuri perhatian ramai, siapa lagi kalau bukan Nabil Mahir dan Ayda Jebat yang bakal berkahwin tidak lama lagi!

Apabila ditanya mengenai keinginan memiliki zuriat, Nabil mendedahkan bahawa dia berhasrat memiliki 13 cahaya mata bersama dengan bakal isteri yang dijadual berlangsung pada 1 Januari 2021.

Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir berkata, beliau memilih angka terbabit kerana ia nombor kegemarannya selain ingin memiliki keluarga yang ramai.

“Kalau boleh nak timang 13 orang anak, sebab kami sukakan budak. Kalau dapat memang rezeki dan seolah-olah mimpi jadi kenyataan.

“Tapi sejujurnya, kalau dapat anak ramai macam mana pun, apa yang penting anak kami nanti sihat walafiat. Tak kisahlah satu, dua atau 13 orang pun”

Sementara itu, Ayda pula berkata, dia tidak menolak rezeki sekiranya mendapat zuriat dalam masa terdekat.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk menimang cahaya mata cepat atau lambat”

“Kalau sudah rezeki, saya bersedia untuk bergelar ibu. Saya pun bukan makin lama makin muda. Nabil pun macam itu” katanya.

Untuk pengetahuan anda, majlis pernikahan Nabil dan Ayda nakal berlangsung pada 1 Januari 2021 dan akan diadakan secara sederhana dengan jemputan hanya 50 orang di sebuah masjid di ibu negara.

“Kami enggan mengambil sebarang risiko. Saya tak terkilan pun tiada majlis besar, malah lebih baik diadakan secara sederhana sahaja”

“Apa yang penting adalah perkara wajib, majlis akad nikah kami dapat disempurnakan dengan baik. Kami hanya buat pernikahan di masjid yang hanya dibhadiri kurang 50 tetamu” 

Untuk rekod, sebelum ini pasangan sensasi ini melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh Malaysia.

 

 

Sumber : Harian Metro

 

Baca artikel sebelum ini : #BilAydaJatuhCinta Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Umum Hari Bahagia, Bakal Disatukan Awal Januari

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest