Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Excited Nak Tiup Lilin Sebelum Lagu Habis, Peminat Doakan Kesihatan Datuk Ramli MS Sempena Hari Lahirnya

Happy birthday Tok Ram

Published

on

Dalam perwatakan garang dan wajahnya yang tegas, rupanya dalam hati Datuk Ramli MS ada taman bunga ya.

Bersempena hari lahirnya yang ke-62 pada 17 November ini, isterinya iaitu Datin Alyah telah membuat kejutan buat suami yang tersayang dengan membawa sebiji kek.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Datin Alyah sempat kongsikan satu video pendek di laman Instagram miliknya pada malam 16 November lalu dan ramai peminat turut menitipkan ucapan hari lahir buat komposer terkenal itu.

Datuk Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram kelihatan teruja untuk meniup lilin walaupun lagu hari lahir masih belum habis dinyanyikan.

Walaupun sambutan itu dilakukan secara sederhana di rumah bersama dengan keluarga dan beberapa teman rapat, nampaknya ia masih membuatkan Tok Ram terharu.

Sebagai tanda balasan terima kasih, Tok Ram turut memuat naik satu video sama di laman Instagram miliknya berserta doa untuk semua.

Dalam masa yang sama, peminat turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka berdua supaya berkekalan hingga ke akhir hayat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest