Connect with us
Hot FM

Selebriti

Fahami Perasaan Isteri Yang Tidak Dihargai Suami, Netizen Nekad Serang Bekas Suami Zarina Anjoulie

Bengang akan isu penceraian, netizen ‘serang’ bekas suami Zarina Anjoulie

Published

on

“Kata-kata itu lebih tajam daripada mata pedang”

Keghairahan segelintir individu berkongsi maklumat tanpa sumber sahih, menyebarkan fitnah, mengeluarkan kenyataan berbaur negatif, ugutan dan menghantar kata-kata kesat disebalik akaun palsu dan sebagainya telah menjadi ‘sebati’ dalam kalangan mellinenial kini.

Malah, kelancangan dalam bertutur bukanlah satu isu baharu dalam masyarakat, ketika bibir rancak mencerca dan menghina, sedar tidak sedar pasti ada hati yang telah terobek dek kata-kata kesat.

Perilaku ini bukan sahaja sering dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab, malah mereka ini sering mengambil mudah kerana merasakan diri ini selamat setelah terselindung di sebalik akaun palsu.

Menerusi sebuah sumber laman portal, kajian jelas membuktikan wanita dikatakan lebih banyak bercakap berbanding lelaki, percaya atau tidak golongan ini adakalanya sering mengeluarkan kata-kata yang lebih berbisa dan menyakitkan hati sehingga mampu bikin sentap!

Perilaku ini bukannya mempunyai spesifikasi jantina yang tertentu, namun lumrah buat wanita yang dikatakan mempunyai hati yang mudah tersentuh dan ‘hati tisu’ tetapi ada kalanya perasaan amarah yang dirasai itu tidak mudah untuk dikawal.

Menerusi hantaran di laman Instagram milik bekas suami Zarina Anjoulie iaitu Eilyas Azhar, beliau meluahkan rasa berang apabila diherdik dan dicaci oleh seorang wanita yang terlalu marah akan isu penceraiannya bersama bekas isteri.

Menerusi hantaran itu, Ilyas jelas bengang dengan tindakan sesetengah netizen yang terlalu “masuk campur” sehingga isu ini dikatakan tidak dapat diberi titik noktah.

Walau bagaimanapun, bekas suami Zarina Anjoulie ini telah bertindak untuk memadam hantaran terbabit mungkin kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Diharapkan segala persengketaan di antara kedua-dua bekas pasangan suami isteri ini dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak ketiga terutamanya daripada warganet.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Eilyas Azhar

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest