Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Fara Fauzana Interview Anggota Polis Tepi Jalan, Lain Pula Yang Jadi Tumpuan Netizen…

Cute juga kan?

Published

on

Nama Fara Fauzana sangat dikenali sekitar tahun 2006 sehingga 2016 apabila beliau menjadi penyampai radio Hot FM dan beberapa kali berjaya memenangi Anugerah Penyampai Radio Wanita Popular ketika malam Angerah Bintang Paling Popular.

Kini selepas selama 10 tahun bergelar penyampai radio di Hot FM, Fara atau lebih dikenali sebagai Fafau telah menukar bidang menjadi pengacara untuk rancangan DBilique.

Fafau sering menjemput beberapa selebriti tempatan untuk bersama dengan beliau bagi rancangan berkenaan, tetapi kali ini Fafau bakal memberikan kelainan kepada penonton setianya.

Bersempena hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri, Fafau telah mengambil inisiatif untuk menemu ramah seorang anggota polis berpangkat Inspektor di salah sebuah lokasi sekatan jalan raya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau)

Pastinya temu ramah itu akan membincangkan beberapa isu menarik dan membuatkan ramai berasa tidak sabar untuk menonton episod seterusnya dalam program DBilique.

Antaranya soalan yang ditanyakan kepada anggota yang dikenali sebagai Inspektor Tan itu ialah mengapa beliau memilih kerjaya sebagai anggota polis berbanding kerjaya lain.

Namun, lain pula yang telah menarik perhatian netizen apabila menonton video pendek yang dikongsikan oleh Fafau di laman Instagram miliknya.

Rata-rata mereka berasa tertarik dengan ketampanan Inspektor Tan sehingga terlupa tujuan asal Fafau melakukan temu ramah itu.

Lebih menarik lagi apabila ada yang mengatakan mungkin Inspektor Tan merupakan jodoh Fafau!

Fafau turut terhibur dengan komen yang ditinggalkan dan sempat mengingatkan kepada mereka untuk menonton video penuh di Facebook DBilique nanti.

Ada-ada sahaja ya netizen ni, lain yang nak ditunjuk tapi lain pula yang mereka perhatikan.

Sumber video dan foto: Instagram Fara Fauzana

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest