Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

Foto Bersama ‘Anak-Anak Baharu’, Ramai Puji Kecantikan Engku Aleesya

Lengkap dah keluarga ni, semoga berkekalan ke anak cucu!

Published

on

Umum kini semestinya sudah mengetahui tentang majlis perkahwinan antara Noor Nabila bersama dengan pasangannya iaitu Engku Emran yang telah mengejutkan ramai pengikut mereka di media sosial.

 

Ketika majlis itu berlangsung pada 19 Mac lalu, sudah semestinya anak sulung Engku Emran iaitu Engku Aleesya turut menghadiri majlis penuh bersejarah itu.

Aleesya yang merupakan anak hasil perkahwinan Engku Emran bersama dengan primadona negara iaitu Erra Fazira kelihatan manis bertudung separuh bersama dengan busana berwarna putih.

Dalam masa yang sama, Nabila turut ada kongsikan beberapa keping foto kenangan bersama dengan keluarga baharunya itu.

Namun apa yang menjadi perhatian ialah kecantikan yang dimiliki oleh Aleesya yang berusia 12 tahun itu dan rata-rata pengikut Nabila memuji raut wajah Aleesya saling tak tumpah seperti ibunya itu.

Tak dinafikan Aleesya sememangnya memiliki wajah yang manis, menampakkan kesopanan dirinya!

Semoga keluarga kecik ini akan menjadi keluarga besar pada masa yang akan datang!

Baca juga artikel sebelum ini:

[TERKINI]: Engku Emran Akhirnya Sah Bergelar Suami Kepada Noor Nabila

Sumber foto: Instagram Noor Nabila

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest