Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

Gara-Gara Isu Neelofa, Fazura & Fattah Trending Nombor 1 Di Twitter

Tiba-tiba nama Fazura dan Fattah jadi sebutan, sampai buatkan mereka trending. Tapi katanya Fazura tengah cari lemang tu guys

Published

on

Semenjak 27 April lalu, nama pengacara Noor Neelofa telah menjadi bualan hangat warganet selepas beliau dan suami dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM60,000 berikutan isu pelanggaran SOP majlis perkahwinannya pada 26 Mac lalu.

Namanya bukan sahaja disebut-sebut disebabkan kompuan berkenaan namun turut menjadi bualan hangat selepas beliau memuat naik foto burger hasil carian daripada Google.

Perkara itu menyebabkan warganet berfikiran bahawa ia ada kaitan dengan kejadian peniaga burger yang dikompuan sebanyak RM50,000 di Kelantan.

Tindakan Neelofa itu telah menyebabkan ramai warganet kecewa dengan sehingga ada yang meluahkan perasaan mereka di media sosial.

Namun, disebabkan perkara itu secara tidak sengaja nama bekas kekasih Neelofa iaitu Fattah Amin serta isteri, Nur Fazura pula menjadi sebutan ramai.

Disebabkan itu, nama Fazura dan Fattah telah trending di laman Twitter tanpa sengaja.

Lebih menarik lagi apabila secara tiba-tiba Fazura turut memuat naik satu twit memberitahu beliau sedang mencari lemang dan disebabkan itu, ramai pengguna Twitter mula berusaha untuk mencarikan lemang untuk pelakon berkenaan.

Bukan itu sahaja, Fazura turut dilihat telah follow ramai orang di Twitter secara tiba-tiba.

Woww, semuanya terjadi secara tiba-tiba ya tapi apa pun semoga apa yang terjadi ini tidak akan membuatkan mana-mana pihak bermasam muka lah ya.

Kenapa agaknya ya tiba-tiba nama Fazura dengan Fattah disebut pula?

Baca juga artikel berkaitan:

Isu Majlis Pernikahan Melanggar SOP, Neelofa, Suami Dan Keluarga Dikenakan Kompaun RM60,000

Sumber foto: Twitter dan Instagram Neelofa

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest