Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Gayakan Baju Nampak Bahu Dan Kain Berbelah, Penampilan Natasha Hudson Dipersoal Netizen

Alamak…

Published

on

Wanita dan fesyen memang tak dapat dielakkan kerana ia ibarat sifat semula jadi dalam diri mereka, namun dalam berfesyen itu perlulah berpada dan jangan sehingga mengabaikan larangan dalam agama.

Sebagai seorang selebriti, Natasha Hudson semestinya mahu sentiasa tampil anggun lebih-lebih lagi ketika menghadiri acara penting.

Namun nampaknya penampilan luar biasa Natasha telah menjadi persoalan dalam kalangan netizen kerana gaun yang digayakan olehnya telah menampakkan betis kaki serta bahagian bahunya (off shoulder).

Natasha memakai gaun tersebut ketika menghadiri majlis pelancaran sebuah produk kecantikan yang menyaksikan dirinya dan pelakon Keith Foo sebagai ikon produk tersebut.

“Saya malas nak dengar kata-kata orang yang tak berhenti bercakap walau apa pun kita buat. Saya tak kisah, lagipun bukan mereka yang suapkan makan.”

Walaupun dikecam hebat oleh netizen, Natasha mengambil keputusan untuk mengendahkan kritikan yang diterima dan menganggap bahawa netizen perlu bersikap lebih matang.

Menurut petikan daripada akhbar Kosmo, Natasha mengakui bahawa beliau masih tahu tentang batas seorang muslimah.

Sebelum ini, Natasha telah tampil memakai purdah pada 2016 dan mengambil keputusan untuk membukanya semula sekitar tahun 2019 yang lalu.

Sumber foto: Instagram Natasha Hudson

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest