Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Gelinya! Fazley Yaakob Tegur Sikap Individu Keluar Tandas Tanpa Cuci Tangan

Kebersihan ni penting tau!

Published

on

Kebersihan adalah sangat penting untuk diamalkan walau di manapun kita berada.

Yang ingin ditekankan di sini adalah sikap seseorang dalam menjaga kebersihan setelah keluar dari tandas.

Pada 8 Januari 2020, penyanyi dan chef selebriti Dato’ Fazley Yaakob telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya berkaitan hal ini.

Perkongsian tersebut adalah satu screenshot daripada tweet beliau di Twitter.

Melalui caption:-

“Kalau nak tak cuci tangan lepas ke toilet pun susah, apatah lagi nak cuci tangan kerap untuk elakkan penularan #covid_19 , Come on Malaysia! Please take this seriously! 🤦🤦🤦

Im sure ramai yang perasan benda ni, tapi takde siapa berani nak tegur, “Bang/Kak.. tak basuh tangan ke lepas tu?”

Menurut Fazley, beliau telah memerhatikan sikap beberapa orang di toilet secara tidak dirancang.

Melalui pemerhatiannya, beliau terkejut dengan mereka yang tidak membasuh tangan setelah keluar dari tandas.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kebersihan sangatlah penting.

Tambahan lagi dengan situasi COVID-19 yang melanda negara, perkara tersebut perlu ditekankan lagi.

Perkongsian ini mendapat reaksi daripada pengikut di Instagram beliau.

Semoga rakyat Malaysia menjadi semakin cakna akan isu kebersihan ini.

 

Baca artikel berkaitan: Kasih Seorang Ayah, Aksi Manja Anak Kedua Fazley Yaakob Dapat Perhatian

Sumber: Instagram Dato’ Fazley Yaakob

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest