Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Get Ready! Adik Haqiem Rusli Pula Ikut Jejak Langkah, Zali Rusli Pertaruh Single ‘Pewangi’

Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi…

Published

on

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi remaja Haqiem Rusli yang lagunya pasti meletup setiap kali dikeluarkan. Kali ini adiknya pula, mengikut jejak langkahnya iaitu Zali Rusli, yang baru berusia 15 tahun kini menceburi bidang nyanyian pula dan akan membuat kemunculan sulung menerusi single Pewangi, tepat jam 8 malam ini.

View this post on Instagram

TOMORROW,DEBUT FROM MY LIL BROTHER @zalirusli_ #PEWANGI

A post shared by MANAGER – 0136382215 (@haqiemrusli98_) on

Mengikut jejak langkah abangnya, Zali yang merupakan anak bongsu dari 4 beradik ini selalu mengikuti dan menonton persembahan Haqiem, dari situ sedikit sebanyak Zali menyimpan hasrat untuk berkongsi pentas bersama abangnya.

Dalam pada itu, Zali turut mendapat sokongan dan galakan dari keluarganya, terutama Haqiem yang memberi sokongan sepenuhnya kepada Zali untuk melangkahkan kaki sebagai anak seni tetapi harus memberi tumpuan juga pada pelajaran. Bagaimanapun, akui Haqiem dia turut merasa debaran apabila single pertama adiknya telah mula dimuat naik di semua platform bermula semalam.

“Harapan saya untuk Zali, semoga dia dapat belajar benda-benda yang baru dalam industri muzik Malaysia sebab dia sangat muda dan saya beri galakan untuk menjadi seorang penghibur sebab benda yang positif bukan? kita hiburkan orang, hiburkan peminat dan buat orang gembira”

Adik Haqiem Rusli, Zali kini penyanyi - Kosmo Digital

“Dalam masa yang sama, dia juga boleh belajar dalam bidang muzik dan bidang pembuatan lagu. Pada usia muda seperti dia, bagi saya galakan yang bagus dan harapan saya lagu yang keluar ini merupakan permulaan untuk dia muncul dalam industri muzik Malaysia” – kata Haqiem

Apa yang lebih menarik, single sulung berjudul Pewangi ini,  adalah ciptaan Haqiem sendiri khas untuk adiknya, dan Haqiem meletakkan harapan yang tinggi pada lagu tersebut.

Jelasnya lagi, dia turut berharap agar pendengar tidak membandingkan dirinya dengan Haqiem kerana menurut Zali beliau menyampaikan lagu ini dengan cara nyanyiannya sendiri walaupun lagu tersebut dicipta oleh abangnya.

Awhh, all the best Zali!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest