Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Hairul Azreen Luah Perasaan Terharu Hanis Zalikha Datang Ke Set, Dedah Tak Pernah Melawat Kerana…

Lahh….

Published

on

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan romantis Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang sering menjadi perhatian ramai.

Terbaharu, Hairul memuat naik satu hantaran di laman Instagram, terharu dengan kehadiran isterinya ketika sedang menjalani penggambaran filem Ada Hantu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Menurut kapsyen Hairul, sepanjang mereka bercinta dan bergelar suami isteri, jarang sekali Hanis datang melawat di set penggambaran kerana masing-masing segan!

“Ada orang datang set kita la hehehe, sepanjang kami couple & selepas hidup bersama wife saya tak pernah datang tengok saya shoot sebab kami berdua segan”

Menceritakan lebih lanjut mengenai kenangan mereka berdua, filem PASKAL merupakan filem pertama isterinya datang ke set membuat kejutan kerana bangga dengan pencapaian Hairul terhadap filem berkenaan.

“tetapi set shooting PASKAL adalah set kali pertama @haniszalikha datang tengok saya belakon sebab saya cakap saya bangga buat cerita ni, 2nd dia datang set filem WIRA & buat kejutan sebab masa tu birthday saya , kali ke-3 di set filem PASAL KAU masa tu sy tembam 😝”

Di dalam keseganan mereka berdua itu, kali ini Hanis menggagahkan diri juga datang ke set filem terbaharu Hairul, iaitu Ada hantu sebagai tanda sokongan kerana Hairul menjadi direktor di dalam filem berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

“Semalam dia datang di set ADA HANTU !! Saya sebagai director 🙏🏻 Wife saya cakap dia selesa datang set @adrianteh19 walaupun dia tak nak belakon dlm cerita ni🤪 puas saya pujuk hehehe terima kasih susah2 datang sejauh ni Love you @haniszalikha”

Alahai comel betul la mereka berdua!

Gambar Majlis Nikah Hairul Azreen & Hanis Zalikha | Sensasi Selebriti

Untuk rekod, Hairul dan Hanis sah bergelar suami isteri pada tanggal 5 Jun 2015, di mana majlis pernikahan mereka berdua diadakan di kediaman keluarga Hanis di Bukit Jelutong.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest