Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Haziq Hussni Kongsi Keputusan Ujian Covid-19 Kali Kedua

Alhamdulillah!

Published

on

Isu Covid-19 dalam industri hiburan masih lagi diperkatakan sejak penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar disahkan positif wabak itu dan masih lagi menerima rawatan.

Antara yang menjadi kontak rapat Alif Satar ialah penyampai Hot FM iaitu Haziq Hussni.

Haziq sebelum ini telah membuat swab test pertama pada hari sama Alif mengumumkan dirinya positif Covid-19, dan keputusan untuk Haziq pada waktu itu adalah negatif.

Pada 1 Disember 2020, Haziq telah memuat naik satu perkongsian di Instagram.

Melalui hantaran tersebut, Haziq memberitahu bahawa ujian Covid-19 kali kedua yang dilakukannya setelah 12 hari menjadi kontak rapat Alif, turut memberi keputusan negatif.

Alhamdulillah!

Menurut Haziq, dia akan cukupkan tempoh kuarantin selama 14 hari dan berterima kasih kepada semua yang mendoakannya.

 

Baca artikel berkaitan: Swab Test Covid-19 Pengacara SFMM 35 Negatif, Sherry Dan Haziq Teruskan Kuarantin

Sumber: Instagram Haziq Hussni

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest